Monday, February 8, 2010

percaya x??

Assalamualaikum....
untuk x memnjgkn cerita utk kali ini...k...kite g straight to da point je ek....
PERSOALN2 YANG HARUS ANDA TANYA DIRI ANDA [ STATUS BADAN ANDA]
  1. berapakah BMI anda?
  2. BMI tu dalam kategori mana?...underweight (like me..ehehe), normal, overweight, pre obese @ obese?
  3. adakah anda bersukan?? (x..like me??)
  4. seberapa kerapkah anda bersukan? sekali seminggu? bpe jam diperuntukkn untuk 1 exercise??
  5. jenis exercise? badminton/ jogging / volley ball/ etc .......( berenang kuak kupu2 ats katil..ehehe like me)

ok..sekrang..sy hnya nk kongsi 1 perkara saje..uhuhu...mungkin bg org yg bersukan ( i mean yg "betul2" bersukan..constant dia punya jadual xtvt tuk sukan )..x menghadapi masalh mcm ni..

ceritanya bermula hr ni..dlm makmal dietetik dan makmal pemakanan...course "nutritional assessment"...huhu..sume pelajar 2nd yr nutrition/dietetic bkn main excited ag nk gune alat yg dinamakn Bodystat, BIA dan mcm2 lg...(x pnting pon name2 ni utk dihafal =p)...ok..berbalik kpd objektif asal..adakah anda PERCAYA yang seseorang yang BMI nya dikategorikan sbg "underweight" mempunyai komposisi lemak yang melebihi julat yang sepatutnya dia ada...percaya x?? susah kn?? bila kita tgok seseorang yg kurang berat ni..pastinya ..sah2 la orang tu kita kategorikn sbg org2 yg kurus...jadi, persoalan sekarang..adakah orang2 yang kurus ini mempunyai lemak terkumpul / hidden fat yang banyk?? sedangkan klu kita tgok pon mcm skeleton je kn..mcm ada tulang belulang je kn..mcm muscle tu cukup2 mkn je kn..pndek kata mcm x cukup lemak la kn..mcm x mkn kn..dan sgala jenis mcm la kn...

nah...sedangkan kita xtau..TAK TAHU yang org2 kurus ni yg x aktif ; Low PA (physical xtvt), x bersenam..masa2 nya bnyk dihabiskn dlm bilik..mengadap laptop..menonton tv..dan mcm2 lg yg x menggunakn tenaga..fat composition diorg tu sah2 melebihi lean body mass...x caya?? jom test kt makmal...x dinafikn..alat2 pengukurn tu bkn la accurate sgt tp ia satu anggaran yg kite bleh percayai..uhuhu...jd..kpd kwan2 yg rase die punye bdn tu kurus, yg rasa lemak x mencukupi dlm bdn, yg sememangnya x bersenam...ubah pemikiran tu...jgn bangga jika kesihtan anda x lah se gah mana..yela kn..sume tahu yg komposisi lemak yg terlebih dlm bdn ni bleh bawa komplikasi penyakit2 yg kronik...uhuhu...jd..sebaiknya..marilah kita (kita?? hehe..writer pon tmsuk skali r dlm kategori ni)...cuba luangkan masa kita untuk bersenam..mulakan xtvt yg ringan2 dulu..mcm dlm beragama..klu nk berubah ke arah lbih baik tu..x salah mulakn dgn perubahan2 yg kecil dulu..asalkn ISTIQAMAH..insyaALLAH..segalanya akn bjln lncr..dan yg sikit2/kecil2 itu lama2 akn btmbh jua..klu kita lakukn jarang2 dan dlm skala yg besar/bnyk..itu x mendatangkn kebaikan pun..terutama dalam bersenam ni...kalori hnye akn reduce time tu je dan akn tetaP btmbh di masa2 lain [ kita sentiasa mkn kn? dan exercise hnye 2x sthun..so..x effect apa2 pun]..lg pun..klu skit2 ni..nti2 akn menyusahkn para doktor lak kn?? hehe..jd..tuk meringankn tugas2 doktor dan health care team yg lain..dan demi kebaikan diri sendiri...JOM!! kita usaha utk lwan kemalsan tuk bersenam...lagi 1..klu bdn sihat walafiat ni..insyaALLAH..nk beribadah tu senang ..mudah..semua kita bleh lakukn sdiri tanpa khidmat org lain kn..

ok la..itu saje cerita tuk kli ni...wallahualam..

assalamualaikum w.b.t =)

Monday, January 25, 2010

..Ragam Kampus..

Assalamualaikum...
Sekadar luahan rasa yang ingin dikongsi tentang ragam kampus terutama kampus kesihatan ni..emmm...mcm2 ragam sempena pilihan raya kampusnya...dimulai dgn penamaan calonnya..Alhamdulillah..Tahun ni da ada pun dalam hati ni siapakah yang layak untuk diundi dan siapa pula yang perlu dipandang sepi sahaja...
....terkenang pula kisah thun lepas...pd pg sebelum mengundi..Alhamdulillah..diberi kekuatan untuk turun ke surau murni dan dalam intipati usrah pada pg itu..tentunya berkenaan calon2 mpp...g2 gini...owh...kita yang baru 1st yr (minda yg masih belum dibasuh) pada masa tu..hmpir2 shja tertipu dgn pndgan mata..hmpir2 shja mengundi org yg tidak sepatutnya...syukur..syukur yg teramat...
Alhamdulillah..tahun ini da matang sedikit..da boleh fikir dgn lebih rasional.. tapi yg musykilnya..ermm...terfikir juga calon yg mcm manakah karakternye yg boleh dijadikn calon...plik jua bila terdengar akn satu nama yg rasanya tiada kredibiliti pun utk menjadi calon tetbe sahaja diangkat namanya untuk dicalonkn..memang...memang tidak dinafikan..kita tidak layak untuk menentukan siapakah yg layak @ tidak kerana diri sendri pun sememangnya tidak layak...(-.-)..siapakah kita untuk menghakimi seseorang sedangkan diri sdiri jua punya kelemahan yg x terhitung bnyknya...tetapi oleh kerana kita ini masiih lg insan biasa...maka persoalan itu muncul jua...mungkinkah itulah yg dinamakan BIAS?? erm...mungkin..tp x kisah la..kerana pengakhirannya dia itu x akn ku undi jua (~.-)
Kerana pd pandanganku...peribadi dan karakter yg dimiliki calon itu mestilah selaras dgn ciri2 kepimpinan yg selari dgn kehendak ISLAM. Seorang yg ramah, yg pndai memujuk rayu @ mungkin juga kaki bodek...ermm..adakah layak dijadikn pemimpin?? mungkin bg sesetengah org..jwapnnya ok jer dan ada pula sebaliknya kerana sememangnya manusia itu dijadikn berbeza - beza...begitu jua dgn pemikirannya. Dan yg pling penting..pesan akak...undilah org yg meletakkn ISLAM sbg dasar perjuangannya...nah...itu lah yg pling2 penting..teramat penting untuk dinafikan kepentingannya kerana ISLAM ITU ADALAH CARA HIDUP..jadi jikalau pemimpinnya shja sudah tiada daya kepimpinanya...mana mungkin akan melahirkan tiang yg kukuh binaannya.
Namun..disebabkan RAGAM KAMPUS....maka lahirlah calon yg hanya layak digelar "boneka" @ "plastik"...sampai bilakah ragam ini akan berterusan?? sampai bila? wallahualam..hanya Dia yg tahu pengakhirannya...jadi..marilah kita sama - sama berdoa agar pilihan raya tahun ini berjalan dgn lancar dan dirahmatiNya..agar calon yang "BETUL & SESUAI" berjaya menaungi tampuk MPP USMKK...insyaALLAH.
wassalam....

Thursday, January 7, 2010

Keluarga Penyayang.....

Dodoian ibu menidurkan anak
Sayup terdengar memecah sunyi
Diam hai anak jangan di tangisi
Ayahmu pergi bekerja nantikan kembali

Di sini digambarkan keluarga bahagia
Bermula si suami menyucikan diri
Dan isteri yang elok pekerti
Mereka mendoakan anak yang soleh
Penyeri kehidupan

Anak dididik berlandaskan iman
Sifat mahmudah jadi pegangan
Sifat buruk sentiasa dihindar
Rasul mulia dijadikan contoh
Tauladan sepanjang zaman

Dodoian ibu menidurkan anak
Sayup terdengar memecah sunyi

Bila keluarga sudah bahagia
Sifat kasih sudah tersemai
Tidak perlu kasih kedua
Dadah arak dan peleseran
Menjadi musuh diri

Memanglah benar kata pujangga
Tangan yang menghayun buaian
Bisa menggegar pelusuk dunia
Diasaskan oleh keluarga bahagia

ps: impian ku --- harapan ku (~_~) dan pastinya impian setiap orang jua

Sunday, January 3, 2010

Segenggam Tabah

Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar
Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

Tabahkah hati itu seandainya apabila saja mendengar khabar itu..hatinya berdetak kencang..pang..jatuh berkecai - kecai bagaikan kaca yang terjatuh ke lantai. Tabahkan ia seandainya senyuman yang terukir itu hanya palsu semata - mata. Tabahkan ia seandainya dia tidak punya kekuatan untuk menyatakan kebenaran itu...tidak!! Dia tidak tabah pun..dia hanya seorang insan yang berusaha untuk menjadi tabah tetapi keputusannya cuma sehelai kertas kosong yang tidak bertulis apa - apa. Dia gagal lagi! Harapan yang masih lagi terselit di celahan onak duri itu kadang kala berjaya pula menabahkan sekeping hati itu. Dan kadang kala pula, harapan yang sengaja ditanam itu runtuh menyembah bumi..dia pening dalam mencari arah yang sepatutnya dituju untuk ke peringkat seterusnya. Azam yang disemai juga jarang sekali dapat dipraktikkan kerana sekeping organ yang bernama HATI itu tidak pandai untuk menipu diri sendiri...dia cuba belajar untuk redha kerana hanya REDHANYA yang dicari..dan sesungguhnya proses pembelajaran itu teramat rumit..rumit yang amat sangat..namun kerana ingin mencari REDHANYA ... dia cuba untuk pasrah..biarkan ia berlalu..biarkan ia dibawa oleh peredaran masa..biarkan ia dapat mencari SEGENGGAM TABAH dalam hidupnya yang sering sahaja berliku - liku itu............

Tuesday, December 29, 2009

Ada Apa Dengan SALAM??

Assalamualaikum w.b.t.....
SALAM....Emm...semua org tahu salam itu apa...yang mana lafaznya bermaksud mendoakan kesejahteraan orang yang ditujukn salam tersebut...namun terkadang ada juga istilah ini seakan2 dipermainkan...tentu anda pernah dengar kan..'assalamualaikum,taK JAWAB SALAM BERDOSA'...dan sekarang ini timbul pula isu "salam 1 Malaysia".
Persoalannya sekarang kini salam yang sebenar2 (assalamualaikum) mula di'anaktitri'kan. Contohnya jika kita mendengar berita2 yang saban hari dipaparkan di televisyen...salam 1 malaysia yang tidak mempunyai maksud pun...hanya untuk kepentingan politik semata2 didahulukan daripada lafaz assalamualaikum dan terkadang langsung dilupakan terus lafaz itu. mungkin bagi mereka lafaz "salam 1 malaysia" yang diagung2kan itu sudah memadai, tanpa perlu dibazirkan lagi saliva mereka yang hadirnya dalam keadaan "limited edition" itu...ok rasenya setakat itu sahaja tentang fenomena yang melanda negara kita sekarang berkenaan salam.

Kini, kita pergi pula kepada ulasan buku yang bertajuk "3 tokoh yang bakal menakluk dunia..al mahdi-dajjal-nabi isa al masih../al mahdi & isa; pembawa keamanan sejagat/....karya Ustaz Jaafar Bin Salleh. Dalam khusyuk2 membaca buku ini..tetbe sy di bawa pula kepada fenomena yang melanda kita semua sekarang iaitu..sudah menjadi kebiasaan kita untuk memberi salam hanya kepada insan yang kita kenali sahaja (mungkin tidak semua antara kita yang menjadikan fenomena ini satu kebiasaan dalam kehidupan seharian...namun, tidak dinafikan saya juga tergolong dalam golongan ini, bukan apa,kekadang rasa segan/malu untuk memberi salam kepada insan yang tidak dikenali ni..huhu)...nah inilah rupa2nya salah satu petanda kecil kiamat!

Sabda Rasulullah S.A.W. " Sesungguhnya di antara tanda2 kiamat bahawa seorang lelaki akan mengucapkan salam kepada lelaki lain yang dikenali sahaja" (Hadis sahih diriwayatkan oleh Ahmad dari Ibn Mas'ud)

Dan sabda baginda lagi " pada pintu gerbang kiamat seseorang akan hanya mengucapkan salam kepada orang yang khusus saja ( orang yang kenal dekat dengannya)..." ( diriwayatkan oleh Ahmad dan At - Thayalisi dari Ibn Mas'ud)

Hadis2 di atas menjelaskan bahawa akan berlaku di akhir zaman nanti di mana ukhwah di antara umat Islam berada di dalam kerosakan, renggang yang mana seseorang tidak akan lagi mengucapkan salam ( Assalamualaikum) melainkan terhadap orang yang dikenalinya saja. Sedangkan di peringkat awal Islam..NABI MUHAMMAD S.A.W telah menganjurkan kepada kita agar memberi salam kepada setiap orang ISLAM tanpa mengira perbezaan
" sebarkanlah salam kamu" (diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah).

Walau pun hampir semua orang tahu akan kebaikan memberi salam, namun kini..pabila dunia semakin menghampiri hari pemblasan..umat Islam tidak akan melakukannya lagi. Sebaliknya sekarang ini istilah2 seperti "hai/ hello / good night & lain2" diutamakan dan diamalkan; sedangkan dalam kita tidak sedari, ia secara lansung akan mengurangkan kebaikan untuk kita sendiri di mana kurangnya doa (yang mendoakan kesejahteraan sesama Mukmin) dari umat Islam yang lain.

Akhir kata...marilah kita menyeru diri kita ( termasuk sy sendiri) untuk memuliakan salam ini kerana ia adalh ucpan kehormatan ahli syurga...wallahualam.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HI WABARAKA TUH...:-)

Sunday, December 27, 2009

~ Sem 4 ~ 2nd Year ~

Syukur dipanjatkan pada Yang Esa...kiranya ak msih lagi berpeluang untuk meluahkn hasrat hati yang terpendam...hasrat hati yang tak kesampaian mungkin..
Arghh...rasa sesaknye dada ni...huhu..masuk sem baru...biarlah segala2nya baru...subjek baru tu;kira da memang sah2 la kn..hehe. Tapi hrp2 pointer pun baru jgk ah (biar melonjak naik tinggi2 g2)...hehe...amin. Bukan ap...huhu..masalah skg...takut! TAKUT kalau2 semangat yg berkobar2 ni tetbe jer merudum di tgh jalan...huhu, mintak dijauhkan...nauzubillah..
Yang itu 1..huhu...nk daftar subjek pun...aduhai satu masalah jgk, dgn laptopnya yg x bpe "center"...huhu...nk kene jgk menyemak kt bilik kawan2...huhu. Nak pilih subjek pun satu hal...naik tension plak ble pk2 ni..sekejap pk cmtu..sekejap pk cmni...heh...alih2...sampai di saat ni pun buntu...teringat pulak pesan Dr td...ble bncng g2 gini..Dr pun ckp...alah..senang2 g je solat istikharah...hehe...habis tergelak. Huhu...tp td gelak...skg bila pk2 balik...eh2...ada betulnya jgk; tp bila mana hati n minda dah "set up" A...A la jgk jwpannya kn klu solat istikharah sekali pun. Yela...bila mana nk mendoakan sesuatu tu...hati tu mesti tenang dan ditenangkan terlebih dahulu kan...huhu
Hmm..bak kata org utara "p mai, p mai tang tu jgk"...versi kelantan pulak "g maghi, g maghi g2 jgk"...
Hmmm...tu baru bab nk daftar kursus...dgn ko k nya yg sekejap nk amk...sekejap x nk..ish3...tp last2 amk jgk...:)...mcm2 plak jdnya sem ni...x sangka pulak segalanya mcm rumit berbanding sem2 lepas...dugaan2.
Yang pling menggeramkn jgk...jadual kuliah...haish...geram pulak...td da sbr da, ni mcm da kurg plak thap kesabaran ni...huhu...gram btol...ntah ble la nk jd normal jadual yang para "OKU" ni...huhu...boleh plak subjek teras nutrition/diet xde dlm jadual....aish...haru biru betul la...memang sgaje je nk mencbr keimanan...hmmmmm
& Sem 2 ni jgk la vvip, vip, exco2,ajk2 nya sibuk pasal MPI n prgram2 len...huhu...sebenarnya yg kat ats td sampingannya...yg utamanya pasal MPI ni...huhu..ingin kusebarkan pd alam yg x bernyawa ni bahawa ak SEDIH...Isk3...sedih sbb ak x pndai nk cri peluang n cipta peluang tuk join MPI....waaaaa....sadisnya...klu nk dihitung kegeraman terhadap diriku ini...hoho...terlampau2 plak rasenye...nk sgt join tp...huhu. Yeah..dulu nasib bdk 1st yr jer...senior bg pluang tuk msuk...da tu...masuk 2 sekaligus...ish3...mcm ape je...sem ni pulak habuk pun xde.. memang megecewakan, bila cakap pasal "peluang" ni...teringat pulak kata2 cikgu bio kat sekolah dulu. Katanya kat dunia ni ada 3 jenis manusia:
  1. Orang yg mempunyai peluang tapi peluang itu hnya dipandang sepi shj @ dalam kata lain; org yg melepaskan peluang yg ada.
  2. Orang yg merebut peluang yg ada @ dgn kata lainnya ; org yg tidak mensia2kan peluang yg ada..menggunakan sumber yg ada dgn sebaik mungkin.
  3. Orang yang mencipta peluang...orang yg bertindak sbg "inisiator" utk mencipta sesuatu.

Sambungnya lg...sebaik2nya jdlah org yg ke - 3..@ paling2 x org yg ke 2 & jgn sekali2 jd org yg pertama td sbb dah terang benderang yg tu akn merugikan diri sendiri.....wallahualam...lega pula rasa beban di hati ni bila hampir semua diluahkan kt cni...Alhamdulillah...:)

wallahualam...:)

BICARA SEKEPING HATI

Hati itu pelik
Kekadang ia meronta – ronta menangisi sesuatu yang tidak berharga
Mungkin kerana itu
Ia sering lalai
Leka seketika
Mamai dalam tidur yang pendek

Hati itu juga terkadang melatah tanpa kata
Entah kenapa
Puas sudah ia mencari – cari sebab musababnya
Namun yang ditemui hanyalah satu kebuntuan
Yang sering membantutkan kecekalan sekeping hati itu

Hati itu
Sudah lelah dengan liku – liku yang berduri
Namun itulah yang sering menimpa
Dan disebabkan itu jua hati itu kini pasrah
Redha dengan ketentuan dariNya

Namun di sebalik itu

Hati itu sedar
Bahawa ujian itu
Tidak lain..tidak bukan
Didatangkan padanya
Bukan untuk menyusahkan
Tetapi untuk meningkatkan
Secebis ketaqwaan yang mulai goyah pabila dibiarkan tanpa penawar
Juga untuk mengembalikan sisa – sisa ketabahan yang rapuh
Yang bila – bila masa saja mampu diterbangkan oleh ribut yang bertiup kencang di sebalik hati nan satu itu

Hati itu
Sering berbisik sendirian….
Di kala insan lain mabuk dengan duniawi
Biarlah ia pula tidak termasuk dalam kebusukan itu
Biarlah hati itu sentiasa bertapis
Biarlah ia sentiasa suci
Walau pun sedar bahawa sebenarnya
Harapan itu bukanlah sesuatu yang mudah
Tapi hati itu tetap mendambakannya
Kerana ia salah satu pewangi yang ingin dimilikinya sebelum rohnya terpisah dari jasad
Dengan harapan
Biarlah hatinya sesuci embun pagi
Tidak mudah mengeluh pabila taufan melanda
Yang baru saja dikunci oleh bunga – bunga keimanan yang tebalnya cuma mungkin sekadar angin yang bertiup
Hadirnya dapat dirasai
Damainya terasa walau pun sedikit cuma
Lembutnya menenangkan gelodak hati yang panas
Biar nipis..asalkan hadirnya dapat dimanfaatkan

Namun tidak dinafikan
Hati itu juga ingin mencari baja yang sesuai dan terbaik untuk membanting dahan – dahan keimanan yang semakin lentur…
Doanya semoga ia dapat disemai secepat mungkin
Dan terus istiqamah di sebaliknya hatinya yang berbalam – balam itu